Wednesday 19 February 2014

Terfikir?


Dalam kehidupan ini kita diduga dengan pelbagai dugaan. Kadang2 tak itu jauh dari dari pendirian hidup kita. Tak semua kita ingin jaga kita dapat jaga dan tak semua kita elak kita dapat elak. Sebagai manusia biasa siapa tak mengeluh bila ditimpah pelbagai musibah tetapi bila difikirkan Allah tak pernah menjanjikan kita jalan kehidupan yang senang, mungkin ingatan itu mampu jadi kekuatan. Selagi kita mampu berdoa, berdoalah. Aku sedari dalam kehidupan kita kerap melakukan dosa. Tetapi paling penyakit bila kita dipaksa membuat dosa-dosa yang kita sendiri tak ingin lakukan. 20.2 hari kelahiran ku yang ke 21 tahun untuk tahun ini. Aku sedar aku makin meningkat dewasa dan aku dah lalui dalam hidup kejatuhan. Sakitnya hanya Dia sahaja yang tahu, tambahan pulak aku tak suka bercerita dengan keluarga. Aku tak nak menjadi beban dalam hidup mereka. Dari kecil aku dah biasa bersifat terpedam. Kadang2 itu aku pun tak kuat untuk menjalani hidup ini keseorang tapi baik aku mempunyai teman yang memahami aku, jadi dorang tempat aku meluahkan rasa sedih. Air mata aku tak pernah kering untuk mengenangkan nasib sendiri. Bilik tidur menyaksikan segala titisan air mata. Aku masih pegang dengan ayat ini 'Allah takkan uji seseorang hambaNya sekira hambaNya itu tidak mampu' disitu datang kekuatkan diri. Aku masih mharapkan sesuatu dalam hidup, harap yang aku sendiri tidak tahu akan aku milikinya atau tidak. Dalam hati ini hanya mampu berserah dengan ketentuan Dia. Aku harap penantian aku sangat berbaloi kalau tak hati ini akan sakit tetapi entahlah.. Allah saja tahu apa yang terbaik untuk aku. Sekarang aku mula bangkit. Aku hantar 2 cerpen aku dan masih tunggu result. Aku mula ingin meniagaan InsyaAllah esok aku dan teman aku akan membeli barang dan aku ingin cuba dunia modelling dah beberapa kali aku lepaskan peluang ini. Sebenarnya aku lebih minat dalam dunia pengarahan atau skip tetapi memandangkannya terlalu tinggi untuk dicapaikan so aku menulis kisah pendek. Apatah lagi family aku tak pernah nak yakin dengan aku. Aku hanya mampu tersenyum sahaja bagi aku sekira ada rezeki tidak sesiapa yang boleh halang sebab itu aku suka usaha sendiri. Sebab aku yakin tiada sesiapa akan sokong kau selagi kau tak buktikan kerjayaan itu. so aku harap aku mampu berjaya. Aku dah rasa detik kegagalan dan aku harap itu adalah permulaan langkah untuk berjaya. Kalau kehidupan tak perlu maki hamun itu meluahkan kesakitan tetapi buktikan pada mereka yang mereka salah menilai kita dan masa itu pun kita akan bersyukur mangalami musibah dan kegagalan. Just be yourself.

Tuesday 11 February 2014

Second Cerpen


Hey! guy ini second cerpen yang berjaya disiapkan..hehe Almaklumlah kerana sikap terlalu 'rajin' itu datang itu banyak cerpen tak siap. Ok ika ada cerita sidikit pasal cerita ini.. Kisah ini mempunyai jalan cerita yang ringkkas dan bersahaja dan dimaksudkan unsur2 komedi skit. Najwa adalah seorang guru seni pertahan diri dan berperwatakkan tomboy dia bertemu dengan Aiman watak hero scara eccident dan kesalah fahaman berlaku bila Najwa tersalah tumbuk orang. Mula perangan berlaku antara mereka. Puan Azizah ibu Najwa mula risau bila anak sulungnya itu masih tak mempunyai pasangan hidup. kedatangan Puan Faridah Ibu kepada Aiman telah mengubah hidup Najwa dan anak tunggalnya itu. Mereka dipaksa berkahwin. Sepanjang perkahwinan mereka hidup mereka haru-biru bila masing-masing tidak mahu mengalah. Tetapi siapa sangkah haru-biru itu telah buat mereka jatuh cinta. Nak baca? tengoklah kalau ika baik hati ika post ok? hahahaha..

Thursday 18 October 2012

PENUNGGU MALAM




 “Apa! malam ini?” Aril terkejut dengan perubahan tugas yang harus dilakukan pada esok harinya.                                                                                                                  “A’ah, Encik Jamil bagitahu tadi” Selepas mendengar  keterangan dari Nabila, Aril mengeluh panjang kerana dia terpaksa menukar rancangannya bersama tunang tercinta.                                                                                                                                         “Hmmm… okey saya faham” Fifi terus mematikan talian, yang pasti dia harus membatalkan niatnya untuk makan malam bersama keluarga kerana dia sudah berjanji ingin membantu tunangnya dalam tugas yang ditetapkan malam ini.Kebanyakkan dari mereka terkejut maklumat yang telah diberitahu tadi walaupun ada kedengaran suara-suara tidak setuju dengan pertukaran jadual tugas mereka tetapi disebabkan arahan yang diberikan, mereka terpaksa ikuti jua. Sampai sahaja tempat yang dijanjikan Aril dan Fifi mencari kelibat teman-teman mereka, tidak lama kemudian kelibat-kelibat yang cari sudah ketemui. “Korang ini lambatlah! Nabila mana? Dari tadi kami tunggu tak sampai-sampai bukan dia je, tetapi Sir dengan pak guard pun aku tak nampak-nampak” Panjang celoteh Daus bila mereka lambat muncul. Kelihatan Nabila berlari anak-anak ke arah mereka, “Sorry guys, Sir tak boleh datang ada hal and pak guard sakit mc, so now tugas ini still on” Tercungap-cungap Nabila bila menyampaikan berita yang kurang menyenangkan. “Utunglah ada yang menemankan bukan macam kita kan Wan” Sekali imbas Aril memandang Daus yang sengaja membuat mimik muka.“Karang Fifi balik baru tahu” Fifi membalas balik apa yang diperlakukan oleh Daus sebentar tadi. Daus mula memujuk Fifi, sememangnya tugas yang diberi hanya untuk mereka berempat tetapi disebabkan kesian pada Nabila kerana dia seorang sahaja pelajar perempuan dalam kumpulan itu jadi ditemani atas pemintaan Aril. Mereka melangkah dari satu tingkat ke satu tingkat di kolej mereka.“Sekarang pukul berapa?” Wan mula melihat jam tanganya, jam menunjuk pukul 11 malam, “Korang pernah dengar cerita tak? budak mati bunuh diri dekat sini?” Daus tersenyum apabila yang lain memarahinya kerana cuba menakut-nakutkan kawannya dengan kisah yang pernah terjadi di kolej itu pada beberapa tahun yang lalu. Seorang pelajar ditemui mati tergantung salah sebuah bilik kuliah akibat bunuh diri tanpa tahu puncanya sehingga sekarang. Leka memarahi Daus, secara tiba-tiba lampu terpadam.“Allah! Pasal pulak ini” Aril mengeluarkan lampu suluh dari beg.“Ini mulut kaulah, mulut puaka!”Aril mengajak Wan asyik membebel kepada Daus dari tadi untuk memeriksa dan tinggalkan Daus bersama tunangnya dan Nabila. “Korang, aku nak pergi toilet jap tau tak tahan!” Daus berlari-lari anak dalam kegelapan. Nabila terpandang ke arah bertentangan terlihat sesuatu seperti lembaga hitam yang sedang memerhati mereka berdua. “Han..hann… tu!!!!!” Nabila terus berlari membuka langkah seribu meninggal Fifi yang termengah-mengah dalam ketakutan. Fifi menoleh kebelakang untuk melihat apa yang dikata oleh Nabila, pelahan-lahan Fifi memusingkan badannya.“Fuh! Lega” Sampai juga hajatnya untuk membuang air. Daus melangkah kaki hanya menyuluh lampu telefon bimbit yang samar-samar. Langkah Daus terhenti melihat tubuh seseorang terbaring dilantai.“Fifi kenapa ini?” Daus terkejut melihat Fifi dalam kesakitan.“Ini kaki Fifi sakitlah terjatuh” lembut sahaja suara Fifi seolah-olah mengoda. Daus mendukung Fifi kerana kelihatan kaki wanita itu kelihat tidak mampu berjalan.“Mari Daus tengok kaki itu” Tanpa berkata Fifi menghulur kakinya dengan rela, Fifi merenung wajah Daus dan menarik tangan Daus perlahan-lahan ke atas pahanya dan tangannya berada dagu Daus dan ditarik menghampiri wajahnya.“Fifi!” Aril berlari ke arah mereka berdua, hati mula Daus berdebar dan berasa sikit perasaan takut sekiranya  Aril terlihat kejadian sebentar tadi.“Kenapa dengan awak ini?Lega hati Daus bila dapati Aril tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan perkara tidak sepatutnya. Fifi mereka-reka cerita kejadian yang baharu berlaku sebentar tadi. Wan menjeling kepada Daus kerana dia perasan kejadian tadi. Aril menolong Fif i berjalan, langkah mereka berempat terhenti di depan salah satu bilik tibalah perasaan aneh, pelik dapat dirasa oleh mereka. Aril merosok tengkungnya seram sejuk dibuatnya dengan keadaan sekeliling yang gelap, bermacam-macam bermain difikiran mereka.“Jom masuk” Fifi membuka pintu bilik yang berhadapan dengan mereka dan berlangkah masuk dahulu dari yang lain.“Korang, tak rasa bilik ini aneh ke?” Daus berkata sambil merosok tangannya. Aril juga merasa begitu tetapi menafikan perasaannya supaya yang lain tidak merasa takut, wajah mereka semua berubah menjadi takut kecuali Fifi. Wan perasan mengubahan sikap Fifi dari tadi, yalah mana mungkin Fifi wanita lembut dan baik selama ini dia kenal boleh mengoda Daus kawan baik tunangnya sendiri.“Aril kita orang cari Nabila, dari tadi call tak angkat-angkat”Aril menganguk bertanda dia faham apa yang Wan maksudkan, tinggallan dia bersama tunangnya itu didalam bilik. “Awak nak saya urutkan” Aril memandang Fifi yang tersenyum, tanpa tanda setuju dari Aril, Fifi telah memicit bahunya. Tiba-tiba Aril merasa tiupan angin di telinganya dia menolih melihat Fifi tersenyum.“Aik! Awak lain semacam je ini?” Aril aneh apa yang dilakukan oleh Fifi kerana sebelum ini Fifi mengetatkan cara pengarulan mereka.“Kenapa? Awak tak suka ke?” kalau dulu tak boleh, sekarang bolehkan. Kita kan dah tunang” Fifi mencurigakan Aril dengan sikapnya.Daus dan Wan mencari-cari kelibatnya Nabila risau dan curiga mula timbul dalam hati kecil mereka, mana mungkin Nabila hilang macam itu sahaja kalau balik mesti Nabila memaklumkan dahulu kepada mereka.“Aduh! Mana Nabila ni? Tak angkat ke?” Daus yang asyik membebel tentang kehilangan Nabila membuatkan Wan malas nak melayan pertanyaannya.“Wei! Kau tak dengar ke apa aku cakap ni? Daus hentikan langkahnya membiarkan Wan berjalan sendiri, sakit hatinya bila Wan tidak membalas semua perbualannya. Wan juga berhenti memusingkan tubuhnya melihat ada wajah tidak senang dari kawannya itu.“Aku penatlah Daus, kau pulak asyik membebel dari tadi sakit telinga aku tahu tak?” Daus baru menyedari ketelanjuran kata-katanya yang dilemparkan kepada sahabatnya itu bertalu-talu sehingga membuat teman karib itu kurang senang dengan sikapnya. Nabila melihat telefon bimbitnya  terpadam, ini mungkin gara-gara sifatnya yang sering malas mengisi bateri telefon bimbitnya, sekarang lihat dia tidak boleh mengesan teman-temannya, tetapi bernasib baik dia tidak lupa untuk membawak lampu suluh sekurang-kurang tidaklah dia dalam kegelapan. “Nabilaahhh..”Nabilah kedengaran sayu-sayu suara seseorang menyembut namanya, seram-seram sejuk tubuhnya, dia perlahan-perlahan memusing kebelakang.“Ahhh!!!” Nabila menjerit bila dia diserang dengan dua lembaga hitam.“Hahahaa!! Relax lah Nabila ini kita oranglah” Nabila membuka matanya melihat lembaga yang sangat dia kenali yang masih berbaki dengan ketawa.“Korang! Jahat tahu tak?” Laju seperti kilat tangan Nabila memukul dua orang kawannya itu sakit hati bila dikejut seperti rupa. Mereka bertiga berjalan bersama dengan tawaan tadi, geli hati dibuatnya. Daus dan Wan merancang mengejutkan Nabila bila melihat Nabila seorang diri tanpa berteman, mereka hanya mengikutri langkah Nabila yang kelihatan dalam ketakutan dari tadi sampai mereka merancang untuk menyerang. Daus yang masa ketawa tersenyap bila ternampak seorang wanita berambut panjang sedang memerhatikan tajam ke arah mereka. “Ah..haann..tuu!!!” Daus menarik lengan kedua-dua temannya itu. Wan dan Nabila sempat memerhati lembaga itu sebelum melarikan diri bersama Daus. Aril dan Fifi terkejut bila pintu bilik itu bergegarkan dengan kuat, timbol pintu dipusing dengan ganas.“Siapa itu? Pertanyaan Aril tidak dibalas hanya mendengar ketukan pintu yang memecah sunyi mereka tadi. Aril ingin membuka pintu tetapi dihalang oleh Fifi, dengan perasaan ingin tahu siapa yang buat demikian Aril membuka juga tanpa menghiraukan halangan Fifi. Perlahan-lahan tangan memulas timbol pintu, lantas seperti angin yang kuat menolak tubuhnya kebelakang. “Oit! Apa hal dengan korang ini?” Aril meninggikan suara bila Daus menolaknya dan ditolak lagi oleh Nabila dan Wan. Tidak sepatah pun yang mampu keluar dari mulut diorang bertiga hanya gerak tubuh yang mampu dilakukan.“Sejak bila korang jadi bisu ini?” Fifi menyuruh mereka bertenang agar senang meluarkan apa yang tersirat. Mereka menceritakan secara berseretak menyebabkan Aril kurang mengerti. “Biarlah seorang  je yang bercerita, aku tak fahamlah” Aril memandang Fifi yang juga pening dengan cerita tiga sahabat itu.
Daus memula cerita kejadian sebentar tadi yang buat Aril ketawa bila mendengar cerita mereka bertiga, baginya ‘hantu’ adalah cerita dongeng atau karut yang tak pernah wujud. “Mengarut je” Daus menegak kebenaran tetapi masih tidak diterima oleh sepasang tunang itu.“Penatlah aku cakap dengan korang ini” Akhirnya Daus mengalah. Wan melihat jam tangannya tepat pukul 2 pagi dan dia terpandang teman-teman lain masih lena tidur. Kedengaran tangisan wanita, perasaan takut mula menyemburi diri dan hati pulak ingin tahu tangisan siapa yang memecah sunyi tadi. Perlahan-lahan Wan menyusun langkahnya untuk keluar bilik mengikut tangisan itu yang seolah-olah memanggil dia.“Kakak tolong adik” Pangilan yang berulang-ulang itu membuat Nabila tersedar, seorang wanita berdiri diluar sambil dengan tagisan meminta tolong . Nabila bangun dan mengikut wanita itu. Fifi terbangun dia memandang ke kiri, kanan dia dapati Wan dan Nabila sudah hilang. Dia bangun pergi ke arah Daus dan tangan dia mengusik rambut Daus yang terpacak seperti duri tajam yang lena dibuai tidur. Usikkan lembut menyedarkan Daus dari mimpinya.“Fifi, kenapa ini?” Daus mengusap matanya, tanpa berkata Fifi menarik tangan Daus keluar dari bilik itu. Wan meneruskan langkahnya sambil menoleh depan dan belakang, kiri dan kanan sampai ke satu bilik yang sangat terpinci kakinya terhenti, jantungnya makin berdebar-debar semakin laju dari tadi tetapi dia cuba menyejukkan hatinya mungkin suara itu tadi adalah orang. Timbol pintu dia memulas dengan perlahan terbukalah pintu dengan luas, kelihatan dibawah meja seorang wanita diseluburi tubuh dengan kain putih menangis terdesak-desak. “Cik, hmmm… cik tak ada apa-apa ke?” Soal Wan tidak terjawab. “Cik buat apa tengah malam dekat sini seorang diri kan bahaya.” Wanita itu masih diam. “Kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong, insyaAllah saya bantu?” Wan masih menyoal wanita yang membelakanginya. “Betul awak nak tolong saya? Wanita itu pulak menyoal sambil bangun tetapi masih membelakangi Wan. “InsyaAllah, kalau saya boleh bantu, saya bantu” Wan mengukirkan senyuman walaupun wanita itu tidak melihat wajahnya. Wanita itu memusingkan badannya memandang Wan dengan senyuman manis. “Ahhh!! Aril terkejut lalu terbangun, dia kelihatan bilik yang tadi penuh dengan temannya sekarang sudah kosong  termasuklah tunangnya.“Fifi” itu yang termampu keluar dari mulutnya, dia sudah berjanji dengan kedua-dua bakal mentuanya akan menjaga Fifi tetapi kini Fifi hilang dari jagaannya. Aril lagi sekali terkejut bila mendengar bunyi jeritan, tanpa berfikir panjang dia terus berlari untuk mendapati suara tersebut. “Wan!” Aril mencari, dia mengenali suara yang sebentar tadi. Dia masih menjerit nama temannya itu. Sampai satu tempat kakinya terhenti bila nampak kelibat seseorang yang terbaring dalam bilik yang terbuka luas.“Fifi kenapa ini?” Daus masih menyoal Fifi yang kelihatan pelik dari tadi  “Kenapa Daus tak suka ke? Kita berdua sahaja yang ada dekat sini hmm?” Suara yang manja olah-olah mengoyangkan iman Daus tetapi amaran yang diberi oleh Wan tadi menguatkan dia melawan hawa nafsu.“Please Fifi” Daus menolak tangan Fifi yang menyarap di mukanya, tidak terlintas dihatinya untuk makan kawan sendiri tetapi Fifi tidak menghiraukan kata-katanya. Aril memeluk tubuh sasa temannya yang terbaring, dalam masa yang sama dia terlihat seorang wanit“Siapa kau! Apa kau dah buat dekat kawan aku ahh?” Wanita itu hanya ketawa tanpa menjawab persoalan dari Aril. Hey! Kau pekak ke? Aku tanya apa dah kau buat dengan kawan aku” kata-kata Aril menyebabkan wanita itu berhenti tawanya dan memusing tubuhnya untuk meretap mata Aril. “Tasha?” lemah lutut Aril apabila melihat wajah wanita itu yang  sangat mengejutkan dia, Aril menarik tangan Wan untuk lari dari bilik tersebut, wanita didalam bilik itu hanya ketawa. “Aril itu Tasha” termengah-mengah Wan menyebut nama wanita itu dan Aril hanya mampu menganguk sahaja. Hey! Boleh saya masuk group awak?”  Wanita itu hanya menganguk dan tersenyum. Itu kali pertama Aril bersapa dengan wanita bernama Tasha, yang cantik seperti namanya itu. Semenjak itu hubungan Aril dan Tasha semakin rapat. Pergi kemana-mana sahaja pasti mereka berdua dan perasaan cinta telah berputik dihati Aril. Sehingga sesuatu hari yang mana Tasha mula berubah dia kerap menghilangkan diri bila ditelefon pasti ada alasan diberi tetapi jawapan semua terjawab setelah Tasha kantoi berdamping bersama lelaki lain. “Tasha apa yang awak dah buat ini?” Aril menarik tangan Tasha dari lelaki yang dikatakan buaya darat di kolej mereka. “Ah? Apa yang saya dah buat? Saya rasa saya tak buat benda yang salah” “Awak keluar dengan dia dan jauh dari saya” Tasha mula ketawa. “Aril awak siapa nak halang saya?” Tasha petikai hak Aril. “Okey saya tahu saya tak ada hak nak halang awak tapi saya cintakan awak, saya tak sanggup kehilangan awak Tasha” Aril meluahkan rasa hatinya tetapi lain diharapkan lain dia terima Tasha pergi meninggalkan dia dengan hati yang terluka. “Aril... Tasha bukan dah” Aril kembali pada realiti, pemikiran dia terganggu dengan apa dia lihat tadi sememangnya tidak disangkah. “Ak..ku.. tahu, aku tak caya” Aril mengelengkan kepalanya. Dalam keadaan takut Aril mendengar sesuatu di dalam sebuah bilik, pantas tangan Aril membuka pintu “Daus!!”Aril menjerit bila terlihat Daus dan Fifi berpegangan tangan. Sepantas itu jugalah tangan memberi satu tumbukkan di muka Daus. Aril geram melihat wajah Daus, tangannya ringan seperti angin untuk menghentam Daus dan dalam masa sama juga Aril memandang wajah tunangnya dalam ketakutan dan sedih. “Apa yang awak buat?” Tajam mata Aril merenung wajah Fifi                                                             
“Dia! Yang nak cabul saya Aril!” Terbeliak mata Daus bila difitnah oleh Fifi. Laju mata Aril merenung wajah Daus kembali dapat dibaca dalam matanya api sedang menidih tunggu masa untuk meletop, belum sempat penumbuk terbang Wan dapat menghalang Aril. “Aril! Jangan kau mengamuk tak tentu pasal, aku yakin ini bukan salah Daus” “Habis itu kau nak tuduh siapa? Fifi? Hey! Wan aku kenal tunang akulah, dia bukan perempuan murahan!” Berapi-rapi Aril bila Wan sebelahkan Daus. “Aril kau tak perasaan ke perubahan Fifi? Sejak kita tinggalkan dia tadi, mungkin aku juga akan salahkan Daus kalau aku tak kena goda dengan Fifi tadi” kemarahan mula menurun tetapi kebingunan pula melanda. “Apa maksud kau?” Aril mula keliru                                                                                                   
“Fifi nak goda aku tapi dia tidak boleh sentuh aku mungkin sebabkan ini” Wan menunjukkan surah yassin ditangannya yang selalu dibawak kemana-mana. Tiba-tiba ada tawa yang memecah keliruan Aril. Mereka semua pandang ke arah Fifi suaranya bertukar menjadi suara asing tetapi dapat dikenali oleh Aril. “Sakit Aril, bila orang disayangi disentuh oleh orang lain hahaaa..?”Wajah Fifi bertukar menjadi wajah sangat menakutkan.“Ak..ku.. panggil orang untuk minta tolong” Wan berlari untuk minta pertolong.                                             “Ka..u.. Tasha kan? Apa kau nak ah?” “Kau persoalkan apa yang aku nak? Sedangkan kau tahu apa yang kau lakukan ah?” “Aku tahu aku salah tetapi Fifi tak ada mengena dalam hal ini. Tolong Tasha lepaskan dia aku merayu” Jatuh juga ego seorang lelaki bila mutiara yang sukar dikeluarkan jatuh di pipi. “Begitu benar kau menyanyanginya. Sampai kau sanggup merayu” “Please Tasha lepaskan dia” melutut Aril memohon. “Semasa aku memohon macam kau lakukan sekarang, apa yang kau buat?kau tidak pedulikan mala kau sanggup!” kata-kata Tasha terhenti bila dia meronta kesakitan dan jasad Fifi jatuh kebumi. Ustaz Abdullah yang datang bersama Wan dan Encik Jamil membaca beberapa ayat suci al-Quran untuk mengeluarkan roh yang tidak tenang itu.“Tasha, saya sayang awak” Aril menarik tangan Tasha dalam sebuah bilik. Pada hari itu mereka baru sahaja tamat kelas malam, seperti hari-hari lain sememangnya ada kelas yang disediakan oleh kolej pada waktu malam.“Apa ini Aril? Dah malam” Tasha menarik tangan kembali dari pegangan Aril.     
“Baguslah dah malam tak ada orang”. Aril memeluk Tasha yang ingin lari darinya. Tasha menjerit tetapi malang tiada sesiapa yang mendengar jeritannya pada malam itu. Malam itu Aril mengharap Tasha menjadi miliknya. “Wan kenapa kamu semua datang malam ini? Kan saya kata esok” Mereka terkejut dengan kata-kata Encik Jamil itu. Fifi yang meronta-ronta tadi sudah berhenti bila Ustaz Abdullah memberitahu mereka roh itu sudah keluar.“Nabila kata Sir tukar plan suruh buat malam ini” pensyarah menerangkan rancangan dia tidak bertukar yang sepatutnya mereka hadir pada esok malam. Wan terpandang Aril sedang menagis sambil memeluk tunangnya yang dalam keadaan lemah.“Tetapi Nabila kata Sir dah tukar plan” Daus pandang Wan dan dalam masa itu juga Wan baru sedar kehilangan Nabila.“Nabila mana? Wan mencari kelibat Nabila.“Aril” Lemah sahaja suara Fifi menyebut nama tunangnya setelah dia membuka mata.“Ya sayang” sayu sahaja mata Aril memandang Fifi, tiba-tiba Fifi menolak Aril dia teringat sesuatu benda. “Pembunuh!” Fifi menjerit pada Aril. “Kenapa ini Fifi?”Aril mula mengelabah tangan dia ditolak oleh Fifi. “Awak bunuh Tasha!” Fifi menjerit dalam keadaan lemah. Wan terkejut dengan kata-kata Fifi buat tuduhan pada Aril sedang Fifi tidak pernah mengenali siapa Tasha. Tasha adalah kawan sekelas mereka semasa mereka mengambil Diploma sebelum kehadiran Daus, Fifi dan Nabila pada mengambilan Ijazah. Wan juga tahu yang Aril menaruh hati dengan Tasha tetapi Tasha sudah meninggal dunia akibat bunuh diri dikolej mereka dan didalam bilik yang mana mereka ada sekarang. Aril berdiri niatnya ingin memujuk Fifi tetapi secara tiba-tiba Aril mengadu kesakitan dan rebah dilantai dan belakangnya ada Nabila yang sedang pegang sebilah pisau yang berlumuran darah. Semua ada bilik itu terkejut, Daus dan Encik Jamil cepat-cepat memegang Nabila takut keadaan akan lebih teruk sekiranya Nabila bertindak luar jakaan. Tubuh Aril disambut oleh tunangnya dan sahabatnya Wan. “Apa yang awak buat ini Nabila?” tengkir Encik Jamil. “Dia bunuh adik saya” Laju air mata Nabila mengalir turun ke pipinya. Wan lagi sekali terkejut dengan tuduhan Nabila, dalam kebingungan Wan baru terfikir dia teringat nama Tasha sebenar adalah Tasha Nabila Binti Irdis manakala Nabila pula Nasha Nabila Binti Irdis. Kenapa dia tidak pernah perasan semua ini, mungkin disebabkan Tasha tidak bertudung seperti Nabila yang bertudung.“Dia bunuh adik saya, Tasha tak mungkin bunuh diri” “Macam mana awak tahu Nabila?” soal Encik Jamil “Semasa adik saya belajar disini untuk mengambilan Diploma mana pula saya ambil STPM. Masa kematian adik saya mati tergantung didalam bilik ini, saya dah tahu dia tidak akan bunuh diri walaupun apa sebabnya, kerana dia seorang yang kuat semangat. Masa polis belum sampai keluarga kami sampai dulu tetapi tanpa family saya sedar, saya terjumpai diari seorang iaitu diari Aril. Setelah saya baca segala-galanya saya yakin Aril pembunuhnya sebab dia ada niat tidak baik terhadap Tasha. Sebab itu saya plan untuk membalas dendam pada Aril sampai saya sanggup mengambil course sama dengannya dan sambung dikolej ini dan malam ini baru saya dapat balas dendam. Aril! Hari aku dapat bunuh kau!”jerit Nabila pada Aril dalam tawa Nabila juga merasa sedih kehilangan orang tersayang.“Kenapa awak macam ini Aril?” Fifi sedih melihat orang yang dicintai bertaruh nyawa.“Maafkan saya” Dia pandang Fifi dan beralir ke Nabila “Maafkan aku, sumpah aku tak sengaja bunuh dia” Malam itu Aril berniat ingin merogol Tasha supaya Tasha boleh dinikahi tetapi dalam pengelotan mereka itu Aril menyuruh Tasha senyap dengan menutup mulut Tasha kerana pengawai keselamatan meronda kawasan tanpa Aril sedar dia telah menutup penafasan Tasha juga bila pengawai keselamat itu pergi Aril melihat Tasha tidak bernafas lagi. Aril tidak tentu arah dia, gelisah. Aril sudah putus akal nak tak nak dia terpaksa buat seolah-olah Tasha bunuh diri, dia gantung mayat Tasha walaupun hatinya pedih melihat mayat Tasha tersesak tetapi dia terpaksa. Selepas itu dia melarikan diri apabila mendengar tapak kasut seseorang. Apabila mayat Tasha ditemui orang dan Aril hanya melihat dari jauh dengan tagisan yang selalu menemaninya sehingga dia menemui Fifi beberapa tahun selepas kejadian itu wanita yang tidak tumpah seperti Tasha tetapi dengan Fifi cintanya dibalas tidak seperti Tasha. Aril menebuskan nafas terakhir pada tempat kejadian sebelum kematian dia Aril memohon maaf pada Tasha walaupun mereka tak nampak roh Tasha tetapi mereka yakin Aril nampak. Nabila ditahan atas kesalahan membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana berniat. Kejadian itu, dirahsiakan oleh pihak kolej supaya tidak heboh seperti kejadian kematian Tasha beberapa tahun lepas.Beberapa bulan selepas itu.“Fifi.. Fifi” Fifi menoleh kebelakang dengan senyumannya melihat Daus dan Wan berlari ke arahnya. “Hey Fifi” Pada hari itu adalah hari konvokesyen. “Hey guys” Fifi masih dengan senyumanya. “Ini! Ijazah dah dapat, so what yours next plan?”Daus menyoalkan persoalan walaupun kejadian lepas agar menganggu pemikiran mereka tetapi mereka masih boleh tamat jua pengajaran dengan cemerlang. “Fifi ingat nak kerja dulu, kalau nak sambung pun maybe dekat tempat lain. Fifi dah tak sanggup hari-hari menghadap kolej kita itu. Asyik teringat Allahyarham Aril sahaja” Fifi mula muram. “Hmm.. Samalah Wan pun terfikir macam itu juga. Tak apalah semoga kenangan ini menjadi pengajaran kepada kita semua okey” Mereka semua tersenyum kalau pun pahit nak ditelan kehidupan harus diteruskan.“So kita celebration!”Mereka membaling topi yang berada di kepala mereka bertanda mereka sudah berjaya dan bebas. “Oit! Hisyam kenapa kita curi kat kolej ini, ada apa kat kolej aku tengok kertas je” Mat menarik lengang kawannya, dari tadi dia tidak setuju rancangan kawannya ingin mencuri dikolej itu.“Kau ini cuba kau tengok barang apa yang boleh jual, ini tak dari tadi membebel je kerja kau” Sudah panas telinga Hisyam mendengar bebelan temannya itu.“Apa yang boleh jual aku tengok kertas je” Mat tetap merungut sampai Hisyam mula naik angin dia tak peduli dengan Mat, yang penting dia dapat barang dijual. Mat mengikuti langkah temannya tiba-tiba langkahnya terhenti apabila salah satu bilik di situ terbuka, pastu Mat menglangkah masuk dan pintu itu dihimpas dengan kuat. Hisyam terkejut menoleh belakang. “Mat..Mat..kau dimana?” Hisyam menolak timbol pintu itu dia lihat seorang wanita berambut panjang sedang bersujud dan temannya terbaring, wanita itu seolah-olah mengisap darah.,“Mat” Hisyam tergagap memanggil sahabatnya itu tetapi wanita itu pula menoleh kebelakang.“AHHH!!!!”
ROHNYA TIDAK  AKAN TENANG DAN AKAN SETIASA MENGHANTUI SESIAPA SAHAJA, MUNGKIN JUGA KEPADA MEREKA YANG SEDANG MEMBACA!!   
                                                                                                       Yangbenar,
      Ika LatfeDinz @ Nazatul Shafika     

Monday 17 September 2012

Apa itu MANUSIA?

Apakah, benda yang digelarkan manusia? apa bezanya mereka dengan ciptaan Allah S.W.T. yang lain? Pasti jawapan yang kerap kita dengar adalah 'AKAL', itulah kelebihan manusia dari benda-benda lain didunia ini dan apa persamaan manusia dengan haiwan? sudah tentulah 'NAFSU'. Tuhan memberi kita kelebihan untuk kita kelihatan waras tetapi tak nak kata binatang itu gila, cuma itu perbezaan kita selain berbulu ke berkaki empat ke sebab bukan semua haiwan sama, tetapi cubalah bayangkan sekiranya haiwan diberi akal, agak-agak siapalah memerintah negara (tak boleh nak bayangkan). hehehe.. setakat manusia sesama manusia pun bergaduh inikan pulak dengan haiwan (simpang malaikat 44) mungkin sebab itu juga kenapa Tuhan tak memberi akal kepada haiwan. Tetapi kebanyakan sekarang ini berapa banyak manusia yang menggunakan akal (kecuali orang tidak waras) ataupun mengikut kata hati atau nafsu. Kebanyakan manusia lebih gemar ikut kata hati lagi-lagi dalam keadaan marah, sedih atau stuasi-stuasi berikut. Kejadian ini adalah benar berlaku disekeliling kita kalau tak mana datangnya pergaduhan, maki hamun dan macam-macam lagi (berbentuk negatif), tambahan pulak sekarang dunia makin maju dengan teknologi ICT yang mana manusia-manusia ini boleh  meluahkan segalanya walaupun ciptaan itu semua bertujuan lain. Adakah itu yang digelarkan manusia? hanya kita sahaja dapat nilaikan sebab kitalah manusia yang mempunyai akal. Siapa itu manusia? itu bergantung pada induvidu itu sendiri bukan kepada orang lain.

Sunday 16 September 2012

Luahan Hati T.T

Start tahun 2012 dugaan hidup lebih terasa daripada tahun sebelumnya. Mula dengan result yang hancur agak kecewakan diri ini. Aku cuba mula membangkit dengan sokongan teman-teman. Tetapi dugaan tidak terhenti disitu, aku mula berselisih faham dengan teman baik aku, kerana tidak mahu bergaduh aku cuba berbaik kembali. Alhamdulillah kami berkawan kembali tapi lain yang jadi lepas itu. Aku tidak bertegur dengan orang banyak membantu aku, tanpa puncanya masalah. Makin hari hubungan kami makin panas tambahan aku seorang yang ego, membuatkan kami tidak mengalah satu sama lain sehingga hari ini. Hampiri final aku kena cari duit untuk bayar yuran, syukurlah ada yang membantu. Masuk next sem, rumah patut disewa kepada kami dipaksa cancelkan kerana orang yang penyewa rumah itu tak mahu keluar alasan tidak dapat rumah lain., jadi macam mana dengan kami? masa yang sama kawan kami pergi meninggalkan kami terbiar, kerana tidak mahu susah bersama, dia penyewa bilik lain tanpa memberitahu kami sampailah kami sendiri yg tanya. Start hari itu, aku mula bermasalah untuk datang ke kelas, hmm.. kalau ikut rekod aku, aku jarang ponteng class kebanyaknya bersebab. Tetapi aku tahu lecture tak akan terima alasan aku, aku sedar pasti ada yang berkata macam-macam lagi kerana mereka tidak mengenali aku. Sumpah! aku tak nak jadi 'orang bermasalah' tetapi keadaan yang desak aku. Aku bukan keluarga yang kaya untuk keluargakan keluarkan duit berpuluh ringgit hanya untuk pergi satu-dua kelas. Aku sedar tidak siapa yang faham kecuali mereka yang halami perkara yang sama. Siapa yang mampu bertahan hidup seperti ini, kadang aku terasa ingin berhenti kolej tetapi aku kesian dengan keluarga aku dan aku sayang untuk berhenti setengah jalan tetapi mereka masih bagi aku peluang ke? aku dah digelarkan orang bermasalah sedangkan selama ini aku tak bermasalah langsung untuk ke kelas. Apa yang harus aku lakukan untuk normal seperti biasa? Baru-baru ini aku dapat rumah sewa mungkin bagi orang semua itu dah selesai tetapi masalah tidak berhenti disitu tetapi makin kronik. Aku tak tahu apa yang harus aku katakan lagi, sebab orang tak akan faham. Semua yang aku lalui mesti ada masalah, kadang-kadang aku tertanya ini dugaan atau balas dari-Nya. Aku sedar aku bukan hamba-Nya yang soleha tapi aku bersyukur kerana diri aku masih terpelihara lagi sampai sekarang. Aku harap dengan luahkan didalam blog ini sedikit banyak dapat mengurangkan beban ini dan sampai sekarang aku tidak pernah berputus berdoa kepada-Nya lembutkan hati-hati hamba_Nya yang lain untuk menerima hamba_Mu ini. Aku masih percaya Allah tak akan menguji hambaNya yang tidak mampu dengan dugaanNya.

Ikhlas daripada hambaMu yang sangat hina
Nazatul Shafika :')
AKU SENYUM TIDAK BERMAKNA AKU GEMBIRA TETAPI AKU CUBA MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK  MENGHILANGKAN KESUSAHAN INI.

Friday 14 September 2012

Rumah Sewa :)

Baru-baru ini aku pindah rumah sewa baru. Ini first time aku duduk rumah sendiri, maklumlah selalunya bergantung dengan family tapi aku tak rasa kekok atau takut (macam orang tak ada perasan). Hari ini da hampir 2 minggu aku duduk rumah sewa bersama kawan baik aku SHEERA, buat masa sekarang ini aku tinggal dengan dia sahaja (berdua). Tapi masalah kami belum selesai walaupun dah ada rumah, pasti ada something yang buat kami mengeluh tapi kami percaya itu semua dugaan yang harus ditumpuh dan percaya Tuhan menguji hambaNya yang mampu sahaja, dalam susah ini jugalah baru kita kenal siapa kawan siapa lawan (-_-) hmmm.. Tetapi semalam betul-betul kejadian yang tak kan aku lupakan..hehehe.. gara-gara tak ada air aku panjatlah bilik air untuk buka paip tangki atas siling and then aku rasa aku dah tutup paip itu tapi perkara yang tak disangka telah berlaku, air atas siling melimpah. Bilik air kita orang dah macam hujan dalam bilik air (pelikkan bunyinya).  Kami minta tolong jiran kita orang budak-budak bujang, punyalah baik aku payungkan dia supaya dia tak basah tapi ibarat tak pakai payung sebab kami tetap basah juga and last kami kuyup juga dalam bilik air dan kerana air yang banyak kawan aku (sheera) jatuh..hehehehe.. dan ingat air dah stop tapi air itu lari ke bilik air luar pulak, aduh!! kesian budak itu dah tiga kali tukar seluar kerana basah. apa-apa pun kami berterima kasih kepada dia sebab tolong walaupun tak reti. Lama tak kemudian kami minta tolong budak kolej kami untuk tengok paip, baik lah dia reti sikit-sikit jadi  taklah seteruk tadi.. Hari ini kami balik rumah family, aku haraplah tak ada apa-apa yang berlaku kat rumah sewa itu. Bila dikenangkan kejadian semalam nak kata bimbang itu memang ada tapi nak kata kelakar pun ada juga inilah first time hujan dalam bilik air ahahahhaa!!! inilah dikatakan pengalaman hidup.. (^_^)

Thursday 16 August 2012

Salam AidilFitri :)

Lusa kita akan menyambut hari raya.. Happy. happy juga tetapi frust pun ada sebab baju tak siap (sedih). tetapi nak buat macam mana dah nasib. Baju first raya belum cari lagi, susah betul nak cari baju yang betul2 sesuai dengan bentuk badan, asyik2 bentuk baju besar pendek je..(ingat orang Malaysia semua gemuk pendek je ke?) kalau beli siap ni macam2 lah tak kena tu tak kena ni tak kena..hmmm.. Apa2 pun raya harus dirayai yang penting duit raya.hahahaha!! (nampak tak disitu mata duitan). ok. Saya Nazatul Shafika Sharifudin ingin mengucap selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua umat Islam yang meraikannya semoga bulan Syawal yang bakal tiba ni akan menjadi bulan yang diberkati oleh Allah S.W.T. daripada tahun2 sebelum ni Amin..

Followers

Berehat Dulu